HOMESTAY KOTA BHARU..

It's a double-storey bungalow house.

Located in Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Kelantan, in the area full of restaurants offering delicious dishes and Kelantanese delicacies.

Distance of the house:
  • 5 km to Kota Bharu town centre
  • 1 km to Wakaf Bharu town (Wakaf Bharu Railway Station)
  • 7 km to Pasar Borong Wakaf Che Yeh
  • 17 km to Pengkalan Kubur Duty-Free Area and MRSM Tumpat
  •  
Fully furnished with basic furniture such as settee, queen beds in all rooms, dining table etc.


4 bedrooms, 3 bathrooms. Spacious living and dining halls.

Equipped with:
  • TV with ASTRO
  • TV with DVD Player
  • Washing machine
  • Refrigerator
  • Iron
  • Shower with water heater
  • Water Filter
  • Rice cooker
  • Electric Kettle
  • Cooking stove and utensils.
  • Air conditioners in 2 rooms, fans in the others.
  • Extra pillows and blankets.
  • Several extra table/ stand fans 
The house is a comfortable accommodation for a big group (up to 20 people per stay)

Rental rate:
  • RM250 per day stay
  • RM200 for the third and subsequent days.
GPS Coordinates:
  • Longitude: 6 07’10.61” N
  • Latitude : 102 12’41.55” E 
 For booking or enquiries :
  • Call or SMS 019-9323361 (Wan)
  • Call or SMS 019-9313361 (Ramli)
  • Call 09-5343362
  • E-mail asfa22@gmail.com
Front gate

A mini fish pond
Another view of the fish pond
Porch and front door
Master bedroom on the second floor.
Second bedroom - not much furniture to give guests more space.
Third bedroom, also on the second floor.





Family area with a balcony on the second floor.






Dining area

Another view of the dining area




Simple kitchen, but with everything needed of a kitchen.

DESTINASI MEMBELI-BELAH


PASAR BESAR SITI KHADIJAH



Ini ialah ikon untuk Negeri Kelantan.  Lambang kegigihan kaum wanita Kelantan, yang sering diakui lebih dominan menguasai ekonomi daripada kaum lelaki.  Pasar Besar ini mengabadikan nama isteri Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w., sebagai tribut istimewa untuk kaum wanita Negeri Kelantan yang cekal, gigih dan penuh semangat dalam memperjuangkan hidup.  Di sini anda akan terpesona dengan keunikan pasar ini yang rata-ratanya menampilkan kaum wanita yang menjual pelbagai jenis barangan basah dan kuih-muih serta segala yang anda perlukan.  Bentuknya bersegi lapan dan pemandangan dari atas cukup mengujakan.  Biasakan pendengaran anda dengan panggilan-panggilan mesra  abe (abang), kakak, adik, mek dan sebagainya.  Wanita Kelantan pandai berbahasa dan memujuk rayu, kata suami saya.  Kalau nak minum air, terus jadi makan nasi. Saya ambil itu sebagai pujian peribadinya terhadap saya.. :p


PASAR BORONG WAKAF CHE YEH

Tidak sempurna kunjungan anda ke negeri Kelantan jika anda tidak menjejakkan kaki ke sini.  Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang terletak di Jalan Kuala Krai hanyalah 2 km dari pusat bandar Kota Bharu.  Pasar Borong Wakaf Che Yeh sentiasa hidup dan meriah.  Kata seorang teman "tempat ini tidak pernah tidur."  Cukup benar, kerana semakin menjelang lewat malam, semakin sibuk tempat ini dengan pengunjung.  Jangan terkejut jika anda masih terkial-kial mencari parking kereta pada jam 2.00 pagi.  Pada siang harinya, Pasar Borong Wakaf Che Yeh menjadi pasar tani yang menjual barangan basah seperti ikan, sayuran dan sebagainya.

Di sini ialah pusat beli-belah yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, kain pasang, tudung, totto, selimut, aksesori badan dan pelbagai jenis makanan, buah-buahan, malah beras Siam!  Kadang-kadang ada yang berkunjung ke sini hanya untuk menikmati pemandangan meriah pada lewat malam.  Pemandangan yang jarang dapat dilihat di tempat lain.




BAZAAR BULUH KUBU
Bazaar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas.

Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini.






BAZAAR TOK GURU
Secara peribadi, sangat sedikit yang saya tahu tentang Bazaar ini.  Walaupun beberapa kali balik ke Kota Bharu selepas pembukaan bazaar ini, saya masih belum berpeluang berkunjung.  Selalunya bila balik di waktu cuti persekolahan, bandar Kota Bharu jammed giler.  Jadi selalunya tak banyak tempat yang dapat dikunjungi dalam tempoh masa kepulangan yang terhad.

Cuma yang saya pernah dengar tentang Bazaar ini ialah kontroversinya.  Dengar khabarnya saiz lot kedai di sini sangat kecil menyebabkan ramai peniaga asal di Arked Uda dan Pasar Besar MPKB tidak mahu berpindah.   


ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG
Jika anda berkunjung ke negeri Kelantan, dan Rantau Panjang tidak berada dalam senarai tempat yang akan anda kunjungi, anda sepatutnya  berasa ralat dan menyesal.   Kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ini menyediakan ratusan kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual barangan murah dan berkualiti.   Dengan kawasan membeli-belah yang luas, pilihan barangan yang amat banyak dan tawaran harga yang cukup rendah, Rantau Panjang bagai syurga membeli-belah

Photo Credit:  http://www.eyriqazz.com/



ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR
Pengkalan Kubor berjarak lebih kurang 20 km dari bandar Kota Bharu.   Sama seperti Rantau Panjang, pekan Pengkalan Kubor juga merupakan zon bebas cukai.   Terdapat pelbagai barangan dengan harga yang murah.  Kawasan ZOn Bebas Cukai Pengkalan Kubor merangkumi kawasan yang agak kecil.  Jauh lebih kecil dibandingkan dengan Rantau Panjang.  Tetapi keseronokan membeli-belah di sini tetap ada.


 

JAAFAR RAWAS :  SHOPPING BUKU AGAMA

Setiap kali balik ke Kota Bharu, suami saya tidak pernah miss rutin shopping kesukaannya ini iaitu membeli buku-buku agama di Kedai  Jaafar Rawas di Bangunan PAS di Jalan Dato' Pati.   Di sini terdapat pilihan buku-buku agama yang cukup banyak.  Kadang-kadang kami sudah lama habis shopping pakaian dan makanan, tetapi suami masih asyik memilih buku-buku.  






PANTAI PANTAI PERANGINAN DI KELANTAN


PANTAI CAHAYA BULAN
(BEACH OF MOONLIGHT)


"Berdirilah di pantai itu, dan ketika kau tewas pada runtunan kenangan,
bisikkanlah namaku dan kau pasti tahu, di bumi manapun aku sedang berdiri,
ada desir angin yang akan menghembus pipi menyampaikan rindumu."  (Seroja)


Pantai Cahaya Bulan (Beach of Moonlight) merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. 


Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi (Beach of Passionate Love), suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II.  

Kerajaan PAS telah mengubah nama pantai ini kepada Pantai Cahaya Bulan dan masih mengekalkan akronim PCB.  Kedengaran lebih romantik, sopan dan puitis dan sesuai pula dengan lambang parti kerajaan negeri ini.  Sesetengah orang tempatan, bagaimanapun masih selesa menggunakan nama lama, tetapi ramai yang hanya  merujuk kepada pantai ini sebagai PCB   

 Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2km. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Walaupun seperti pantai-pantai lain di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang diancam hakisan laut tengkujuh, Pantai Cahaya Bulan tetap menjadi tempat kunjungan pelancong-pelancong dan penduduk-penduduk negeri ini di hujung minggu. 

Di sepanjang perjalanan ke PCB, anda akan menemui industri-industri kecil dan sederhana dan gerai-gerai yang menjual hasil tenunan songket, batik, dan pelbagai hasilan tradisional.  Anda pasti akan teruja melihat kegigihan rakyat Kelantan mengusahakan industri ini sejak turun-temurun.


Perusahaan Songket Cik Minah di Kampung Penambang

PANTAI IRAMA 
(BEACH OF MELODY)

"Ketika musim damai, anginmu lembut berbisik mesra
Tapi bila tiba musim badai, pada siapa pohon dan pasir hendak bermanja?"





Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan.

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong. Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.


Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu  tentera inggeris yang masih terdapat di situ.



Secara peribadi, Pantai Irama menyimpan nostalgia zaman kanak-kanak saya.  Tertimbus antara lipatan sejarah dan simpang-siur kehidupan yang saya lalui - antaranya ialah kenangan di Pantai Irama.  Sesungguhnya apa yang menjadikan nostalgia itu sesuatu yang indah dan tidak ternilai ialah kerana kita tidak mungkin mampu memilikinya lagi.



Saya kerap mengunjungi pantai ini bersama keluarga di hujung minggu.  Di sinilah saya mandi-manda, berkelah dan "bermain pasir dan debu sementara menunggu dewasa"  (meminjam kata-kata seorang teman.. :p). Kerap juga kami membawa arwah datuk bersama yang akan kami "tanam" separas pinggang dalam pasir Pantai Irama.   Itu ialah kenangan-kenangan yang amat saya rindui dan kini sudah jauh saya tinggalkan ke dalam waktu.

Di usia dewasa ini, sesekali bila pulang ke Kota Bharu, saya akan meminta suami memandu ke Pantai Irama, yang jaraknya lebih kurang 30 km.  Dalam riuh suara anak-anak di tempat duduk belakang kereta, saya sering tenggelam dalam keharuan sendiri.  Anak-anak tidak langsung terusik oleh pemandangan di Pantai Irama di luar tingkap kereta, sedang saya masih melihat keindahannya seperti tayangan flash-back dalam hitam putih.

Foto ini diambil dari laman www.adib.typepad.com menunjukkan sebatang pohon kelapa tewas oleh hakisan di Pantai Irama.

PANTAI SERI TUJUH 
(Beach of Seven Lagoons)


Mentari terbenam di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.  (Foto dicuri dari www.zuraisham.fotopages.com)

Pantai Seri Tujuh terhasil dari pembentukan tujuh teluk. Saya percaya, setiap pantai dan laut yang membentuknya mempunyai cerita dan keindahan yang berbeza Pantai Seri Tujuh unik dengan caranya sendiri. Pemandangan yang tenteram dan aman, jauh dari kesibukan mewujudkan suasana sunyi dan menenangkan. Bersantai di pantai ini, sambil memandang laut lepas atau perahu-perahu nelayan boleh menghilangkan tekanan dan mungkin seketika melupakan masalah yang membelenggu. Sesekali cubalah terapi alam dan rasailah sendiri mustajabnya ciptaan Allah di luar sana.

Pantai ini jaraknya dengan Homestay Seroja lebih kurang 17 km, iaitu amat hampir dengan Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur. 


 PANTAI BISIKAN BAYU
(BEACH OF THE WHISPERING BREEZE)
"Ombak yang menjamah kakiku sekali, tidak akan kukenal lagi..." 
(A. Samad Said)

Pantai Bisikan Bayu yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu - terletak hanya 50 km ke selatan Kota Bharu. Angin lembut bertiup di sepanjang pantai yang dipenuhi deretan pepohon Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini bergemersik seolah-olah bisikan yang menenteramkan.

Pantai Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku.