POPULAR EATING PLACES IN KOTA BHARU

Salah satu antara banyak keistimewaan Negeri Kelantan ialah makanannya yang pelbagai rasa, bentuk, warna, nama dan keunikan.   Sesiapa saja yang berkunjung ke Negeri Kelantan mesti terpikat dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di restoran-restoran dan kedai-kedai makan di seluruh Kelantan.   Saya sendiri kalau balik ke Kota Bharu memang sudah siap bertekad untuk tidak memasak di rumah, tetapi akan berkunjung ke restoran-restoran yang berselerak di sekitar bandar Kota Bharu.  Masing-masing dengan keistimewaan sendiri.

Saya akan cuba menyenaraikan di sini restoran atau kedai makan yang saya rasa berada dalam kelasnya yang tersendiri.  Anda mungkin hanya berpeluang berada di Kota Bharu atau Negeri Kelantan dalam tempoh yang terbatas sahaja, jadi mungkin agak mustahil untuk berkunjung ke semua restoran yang saya senaraikan ini.  Tetapi diharap laman ini dapat membantu anda membuat pilihan.  Saya mengumpulkan restoran -restoran ini dari pengalaman sendiri, dari blogger-blogger yang telah berkunjung, dan words of mouth rakan-rakan dan kaum keluarga. Restoran-restoran yang disenaraikan tidak berada dalam mana-mana sususan tertentu.


NASI ULAM CIKGU

Restoran ini sangat terkenal dan menyediakan pelbagai juadah makan tengahari, terutamanya ulam-ulaman yang bermacam jenis.   Lokasinya betul-betul di pintu masuk Kampung Kraftangan, berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah dan Bazaar Buluh Kubu.  

Photo credit:    http://www.come2kelantan.my
Photo credit:  mywanfai.wordpress.com
Photo credit : http://catzscafe.blogspot.com



Alamat:
Taman Selera Kraftangan,
Kg Kraftangan, Jalan Hilir Kota
15000  Kota Bharu
Kelantan  Malaysia        





GPS Coordinates:
N 6 7.93398   E 102 14.26302


                                                                                         
NASI KUKUS ZAKINI

Restoran Nasi Kukus Zakini ini diusahakan oleh pasangan suami isteri bernama Zaki dan Ani.   Jika tak silap ingatan saya, Zakini merupakan pelopor kepada masakan unik nasi kukus di Kelantan.  Saya masih ingat terpaksa beratur panjang untuk membeli nasi kukus dari gerai kecilnya bertempat di tepi Stadium Darul Makmur.   Waktu itu saya masih bersekolah menengah sekitar 1980an.  Pada waktu itu set nasi kukusnya ialah secawan nasi yang dikukus, kuah gulai, sambal, ulam dan ayam goreng berempah yg rangup.   Sekarang ini, Zakini Nasi Kukus mempunyai dua buah kedai di bandar Kota Bharu yang turut menyediakan pelbagai juadah lauk pauk sebagai pilihan kepada pelanggan. Satu cawangan restoran ini ialah di Jalan Kadir Adabi (Berek 12), manakala satu lagi terletak di Jalan Padang Garong berhampiran Kompleks Sekolah-Sekolah.  Saya difahamkan Restoran Nasi Kukus Zakini kini diterajui oleh anak-anak pasangan suami-isteri ini.



Alamat
No 12, Jalan Hospital
(Jalan Kadir Adabi)
Berek 12
15400  Kota Bharu
Kelantan  Malaysia
Telefon: 09-7443702


GPS Coordinates:
N 6 7.49772     E 102 15.17388







YATI AYAM PERCIK

Photo credit : rasarasa.net.my

Photo credit :  rasarasa.net.my
Photo credit:  www.spy.com.my
 Restoran Yati Ayam Percik merupakan restoran yang amat popular di Negeri Kelantan, dan malah telah membuka dua cawangan di Selangor iaitu di Bangi dan di Subang Jaya.  Yati Ayam Percik mula diusahakan oleh Haji Yaakob Haji Mohamad, seorang pesara kerajaan pada tahun 1980an.  Ianya hanya bermula dengan gerai biasa di pasar malam.  Nama Yati diambil sempena nama anak sulung Haji Yaakob.

 Keistimewaan yang terdapat di Restoran Yati Ayam Percik ialah pelbagai masakan percik seperti ayam, daging dan ikan percik yang dipanggang di atas dapur kayu.   Juga terkenal di sini ialah nasi kerabu dan pelbagai kuih-muih tradisional Melayu.

Photo credit :   www.spy.com.my





Alamat:
847 Jalan Long Yunus 
(Jalan Pekeliling)
15200  Kota Bharu
Kelantan  Malaysia
       
Telefon:   09-7479867


GPS Coordinates:
N 6 7.70501 E 102 15.38201
  









KOPITIAM KITA





Tempat breakfast yang menyediakan bermacam-macam pilihan sajian makan pagi.  Dari nasi berlauk, nasi dagang, nasi tumpang sehinggalah ke satay bersama nasi himpit yang boleh juga dimakan dengan roti bakar.  (my family's favourite).

Gambar menunjukkan antara pilihan juadah breakfast yang pelbagai.  Kesemua makanan ini merupakan yang terpilih dari pengusaha-pengusaha yang sudah terkenal dengan kesedapan masakan mereka.




Photo credit :  http://gopengzai.blogspot.com




Gambar-gambar pelanggan menghiasi dinding kopitiam - dari golongan bangsawan dan kerabat di raja hinggalah ke rakyat marhaen biasanya.   
Photo credit :   http://gopengzai.blogspot.com





Menu yang simple - roti bakar dan telur separuh masak, sertai satay yang dimakan sewaktu breakfast.


Photo credit :  http://nazira-story.blogspot.com


Alamat:
Jalan Seri Cemerlang (Dusun Raja)
Off Jalan Pengkalan Chepa
15000 Kota Bharu Kelantan.




RESTORAN FOUR SEASONS

Restoran Four Seasons di Jalan Seri Cemerlang ini merupakan restoran makanan Cina yang pertama mendapat pengiktirafan sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan. Selain menyediakan masakan-masakan Cina, restoran ini juga terkenal dengan pelbagai juadah masakan panas Melayu, steamboat dan masakan ala Thai. Menu makanan di sini semuanya enak dan menyelerakan. Restoran ini juga amat bersih dan nyaman. Malah surau untuk kemudahan solat juga turut disediakan. Pendekata, kalau makan di sini memang tak akan menyesal. Harganya mungkin agak mahal, tetapi dikira berbaloi dengan keenakan masakan dan servis pelayannya yang tip-top.




Ikan stim. 
Ayam dengan kerabu mangga.  Yum yum!
 


Alamat:
 5670-B/2 & B3,
Jalan Dusun Raja,
15300Kota Bharu,
Kelantan,

Telefon:
09- 743-6666

No comments:

Post a Comment